Menunaikan Umrah Tanpa Agen (Bhgn 1)
Assalamualaikum...
Hari ini merupakan hari pertama saya memasuki alam pekerjaan setelah menunaikan umrah selama dua minggu bermula 17 Mac 2014 - 29 Mac 2014 bersama suami dan mak (Kuala Lumpur). Semoga catatan ini dapat saya berkongsi ilmu kepada pembaca -pembaca di luar sana.
Check List sebelum berangkat ke Tanah Suci
1. Tiket Penang - KL
2. Promo Air Asia -X - Kuala Lumpur ke Jeddah
harga satu tiket pergi- balik- RM 800.00 (termasuk makan 2x, pembelian seat dan baggage 20 kg )
3. Visa - 1.3.2014- Agen visa iaitu - Zahafiz Tarvel & Tours telah menyediakan visa umrah
4. Hotel Booking - Madinah (Dyar Inetrnational Hotel -6 hari 5 malam - booking.com)
- Makkah ( Elaf Ajyad siap ada shuttle) - 6 hari 5 malam - agoda.com)
- Jeddah ( Al Murooj Karim hotel dekat dengan Al -Balad Street -agoda.com)
5. Persiapan barangan umrah.
Berangkat ke Tanah Suci (16 Mac 2014)
Sebelah pagi saya terpaksa menghadirkan diri ke kelas MBA bagi menyambung pelajaran untuk setelah 7 tahun x bertitle seorang student. Habis ja kelas pada pukul 4.00 petang terus bergegas ke rumah dan mengambil semua barang yang telah packing. Suami telah menguruskan hal rumah dengan sempurna dan menunggu Mak mertua, Pak Mertua dan Adik Ipar untuk menghantar kami ke airport. Tiket flight pukul 8.10 malam dan dijangka akan sampai ke KL pada pukul 9.10 malam.
Setibanya kami disana , perut ni terasa lapar dan terus mencari makan..... sambil menunggu Uncle Mat sekeluarga dan abah & family. Memandangkan sat lagi atas flight kami telah memesan makanan nasi, so kami plan makan bihun goreng sahaja di Airport LCCT.
Selesai makan, dalam jam 11.30 malam , airport telah dipenuhi dengan tetamu Allah yang akan turut serta berangkat ke tanah suci pada hari tersebut. Alhamdulillah Abah kebetulan kerja di embassy Qatar dapat pass yang boleh masuk ke dalam kawasan larangan dalam airport dan dalam masa yang sama telah memudahkan urusan baggage. Dalam hati risau gak sebab kami ni dahla pergi sendiri. Semuanya telah dipermudahkan oleh NYA seperti yang dirancang. Cumanya peringatan kepada mereka yang bercadang untuk membawa air ke dalam flight hendaklah memastikan botol anda kosong sebelum laluan ke imigresen... boleh beli air kot dalam dan isi semula ke dalam botol. Tapi harga dalam gerai2 kat situ mahal harganya... Ada Air mineral jual sampai rm4.00 sebotol.
Semasa menunggu flight... melihat kelibat jemaah daripada pelbagai negara, Indonesia pun ada yang menaiki pesawat Air Asia - X. Melihat Mak yang agak tenang walaupun ini merupakan pengalaman beliau untuk kali pertama menaiki pesawat yang perjalanannya mengambil masa selama 9 jam 30 minit. Melihat kelibat si suami telah duduk di sebelah ustaz agaknya dengan rancak berbual...
Assalamualaikum wbt. Minta izin tuan rumah
BalasPadamKepada yang berminat untuk belajar selok belok Umrah DIY, boleh sertai komuniti dibawah
Dapatkan E-Book percuma Umrah DIY di link berikut :
https://www.scribd.com/document/339786722/eBook-Umrah-DIY-by-Ibnu-Arabi#
Sertai Komuniti Umrah DIY untuk bimbingan secara percuma
Channel Nota :
telegram.me/notaumrahdiy
Group perbincangan :
telegram.me/komunitiumrahdiy
Website : www.umrahdiy.com.my
visa umrah : 0173008021