TTC (TRY TO CONCEIVE) DI HOSPITAL KERAJAAN

Anak merupakan cahaya mata yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan. Orang kata anak dapat memberikan kebahagian di dalam sesebuah rumah tangga. Namun, kebahagian bukan hanya pada adanya anak sahaja, redha dan percaya kebahagian Allah itu luas. Sabar, Usaha & ikhtiar yang dilakukan moga-moga mendatangkan hasilnya. Insyaallah.

Perjalanan TTC ku sepanjang 6 tahun di Hospital Kerajaan

1. IuI - 2 x - GH Pulau Pinang (Gagal)
2. Buang Fibroid - GH Sultanah Aminah, Sungai Petani (Dr. Kuna) - (Berjaya - 4 biji)
3. IVF - 1x - GH Pulau Pinang (Dr. Bala) - Gagal (tanpa supplement)
    1x - GH Sultanah Bahiyah, Alor Setar (Dr. Murizah) (Berjaya) (dengan Supplement)

Hidup ber TTC bukan lah satu perkara yang mudah. Selain mental dan fizikal kena ready, badan perlu juga mendapat supplement yang sesuai dalam membantu mengopitimum kestabilan dalam diri.

Antara supplement yang dicadangkan adalah:

Perempuan:

1. Vit E- Untuk mencantikkan kualiti Telur

2. Multivitamin & Calcium (1000mg)

3. Magnesium (2000 mg) - Susah nak dapat kena beli dekat agen


Lelaki

1. Zink Plus 

Try and error di dalam pengambilan supplement adalah biasa bagi mereka yang ber TTC. Supplement di atas hanya cadangan dan kesesuaian adalah bergantung kepada penerimaan body masing-masing.

All the Best!☺

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BED REST (2 WEEK) SELEPAS EMBRYO TRANSFER

BUAH DELIMA, SUSU LEMBU DAN BUAH LAI KUNING