FIBROID
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari ini nak share pengalaman penyakit rahim yang sering dialami oleh wanita di luar sana. Penyakit ini dikatakan penyakit yang dikenali sebagai unrecognised disease dan dia tumbuh di dalam rahim tanpa sedar. Sama ada pertumbuhan nya slow atau cepat bergantung kepada individu itu sendiri. Bagi diri ku, pengalaman menghidapi penyakit fibroid memang tidak rasa langsung akan kewujudannya. Sehingga lah pergi scan rahim baru tahu ada fibroid.
Source:http://fibroidnaturaltreatment.com/what-are-pedunculated-fibroid-tumors/
Bagi mereka yang tengah berTTC disarankan untuk membuang fibroid terlebih dahulu sebelum menjalani rawatan IVF/ICSI. Atas nasihat Dr. Muri, beliau telah membuat surat follow up dengan Dr. Kuna di Hospital Besar Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Untuk berjumpa dengan Ketua Jabatan di Gyne Clinic memang memerlukan kesabaran terutama appoinment janji pukul 9 hari ahad, tapi kena panggil selepas 3 jam kemudian.
Ahad
First time jumpa Dr Kuna memang best sebab suara dia sangat slow. pastu suka tersenyum. Rambut ala-ala professor. Lepas scan Dr Kuna terus tetapkan tarikh hari rabu terus Operation. Terus setuju!
Rabu
Dimaklumkan operation akan dijalankan esok pagi jam 11 dan seramai 13 orang yang akan buat opration dan pada petang tersebut, 13 orang pesakit ini perlu berjumpa dengan Dr pakar Bius. Semasa menunggu turn, dapatlah berkenalan dengan pesakit- pesakit yang ada termasuk diriku. Siap tanya nama dan sakit apa... Happy ja petang tu.
Masuk malam, datang jururawat datang nak bagi ubat cucuk punggung supaya membuang angin dan membuang najis yang ada.
Source:http://ekstern.infonet.regionsyddanmark.dk/Files/dokument433238.htm
Bagi yang buat open surgery, sebotol ubat kena telan. Lepas kena terus rasa nak ke tandas. Malam tu, siap sembang/ borak kosong. Semua pensakit kena puasa bermula jam 10 malam.
Khamis
Operation start pukul 11 pagi dan yang ingat soalan satu Dr ni tanya nama dengan pernah operate tak sebelum ni. Sebabkan takut terus buat- buat pejam mata dan bila tersedar punyalah sakit, macam ada orang tumbuk dekat perut... Sakit yang teramat. Siap gigil2 lagi.
Bila dah sedar, nurse terus tolak masuk dalam wad, Bila tengok xde lah besar mana tebuk dia. tapi mungkin disebabkan tempat yang sama 3 biji di bahagian kiri rahim dan 1 biji lagi di sebelah kanan tu yang rasa sakit teramat (Semua duduk diluar rahim). Malam selepas operation tu semua pensakit dalam wad senyap ja... masih sakit dan ramai yang tidak boleh jalan.. Kaki pun kebas disebabkan ubat bius yang belum habis lagi. Dari pagi sampai malam hanya lalu makan roti ja. Sikit sangat.
Selepas 3 hari duduk sana.. baru nurse datang bersama fibroid yang telah dibuang. (Gambar hilang plak) Nampak macam daging- daging yang telah hancur disedut keluar. Alhamdulillah result selepas sebulan yang fibroid tu bukan lah dari jenis kanser.
Syukur segalanya berjalan dengan lancar. Part paling best Dr Kuna bagi mc 1 Bulan .. muka happy walaupun sakit .. hihihi ☺
Ulasan
Catat Ulasan